Thursday, January 29, 2015

MASA





Jika diberikan hanya sekali, hanya sekali peluang untuk merentas masa, kembali kepada certain waktu yang kita inginkan what moment would it be?

Bukan untuk mengubah apa-apa hanya sekadar melihat keadaan yang kita mungkin salah tafsir dan mencari jawapan kepada persoalan yang kita mahukan jawapan setelah selama ini ia masih terkubur, masih tersekat di sempadan masa dan waktu yang lalu.

Atau sekadar ingin menyingkap masa lalu seseorang yang kita sayang, ingin mengenali ingin mengetahui ingin menyelami masa silam nya yang kita mungkin tertinggal kerana masa.Ya, masa.

Masa dan waktu yang menjadi limit dan had kerana kita tidak mungkin dan akan mengenali seseorang yang kita sayang semasa dia kecil lagi.Mungkin ada yang mengenali orang yang mereka sayang semenjak di bangku sekolah tetapi sebanyak mana kita tahu akan dirinya.

Ini bukan bermaksud kita ingin mengubah sesuatu tidak juga ingin memasuki hidupnya sebelum waktunya yang sudah tertulis dalam takdir.Melanggar hukum alam jauh sekali.Yang dimaksudkan hanyalah sekadar ingin melihat dari jauh seakan akan ada dinding kaca yang menghalang seolah menjadi perakam video yang melihat sesuatu.Merakam, merekod, menganalisa dan mencari jawapan.Seolah-olah ia jurnal video kehidupan yang menjadikan kita penonton nya.

Hanya jika seseorang itu diberikan anugerah istimewa seperti tersebut.Semua tidak mustahil dengan izin-Nya.

Bismillah.

No comments:

Post a Comment